Hai kawan - kawan! Apa khabar semua..... Harapan saya semua dalam keadaan sihat selalu... Hari ni pulak saya nak berikan cikit tips tentang membina sahabat yang murni...HMMMM......Jom kita lihat cikit tips-tips di bawah ni...JOM......
Terdapat beberapa tips dalam memebina persahabatan yang murni dalam hidup seseorang manusia.Tips pertama ialah kasih sayang yang lebih kurang sama sahaja dengan maksudnya dengan kecintaan.Namun apabila kita mencintai sahabat, kita perlu mencurahkan kasih sayang kita terhadap mereka.Tetapi kadang kala kasing sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran.Hanya cukupla kita mendoakan untuk sahabat - sahabat kita dan dengan cara itu sudah cukup kita membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.Tip kedua ialah kecintaan.Kecintaan merupakan antara elemen yang memainkan peranan penting dalam membina sesebuah persahabatan.Ikatan persahabatan akan mudah jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan.
Tips seterusnya ialah keikhlasan iaitu dengan mempunyai nilai keikhlasan akan menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dari Tuhan.Sekiranya seseorang tidak ikhlas ketika bersahabat, ia akan membawa kepada permusuhan antara sahabat.Seterusnya ialah kesetiaan.Kesetiaan terhadap sahabat mampu menguatkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila kita bersetia terhadap sahabat kita, maka kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka.Nilai keberanian amat penting dalam mebina sahabat yang murni.Dalam membina persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu .Tambahan pula, sekiranya kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya dan kita perlu berani mengaku padanya atas kesilapaan yang telah dilakukan.Di samping itu, kita juga perlu berani menasihati sahabat kita.Ini kerana, sebagai sahabat kita inginkan yang terbaik untuk mereka!
Nilai kejujuran juga amat perlu dalam membina persabatan.Jangan sesekali menipu atau merahsiakan apa - apa pengetahuan sahabat kita.Mereka juga perlu tahu apa yang kita perlu lalui dalam kehidupan kita .Jangan menyembunyi melainkan pada perkara - perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.Nilai kemaafan adalah kurang perlu tetapi untuk menjamin persahabatan kekal lama, kemaafan adalah amat perlu.Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya.Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya walaupun sahabat itu melakukan apa-apa kesilapan sahaja.
Seterusnya kesedihan.Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih , maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka.Mungkin pada masa itu, tiada siapa yang mereka cari melainkan sahabat mereka.Sifat kegembiraan, jika kita gembira maka berkongsilah kegembiraan itu bersama-sama sahabat kita.Semua orang ingin bergelak ketawa dengan sahabat kita kan? Tak mahu ukiran wajah sahabat kita berubah?........Ini sahaja la saya nak konsi hari ini........Kalau ingin kan persahabatan yang kekal so follow la tips-tips ini......................


No comments:
Post a Comment