Sunday, August 25, 2013

                                            Erti sesebuah persahabatan


Hai to my follower..Apa khabar u all... saya rasa semua sihat kan........Hari ni saya nak ber la cikit makna berkaitan persahabatan.U all tahu tak erti sesebuag persahabatan ? Pada aku la sahabat adalah seseorang yang boleh bersusah - senang bersama kita.Pada aku, sahabat ni sanggup bersusah payah untuk kita terutamanya apabila kita berada dalam keadaan susah.Sahabat seorang sahaja yang sanggup menangis bersama kita dan tempat kita kongsi suka dan duka....hmmm.Sahabat tidak ada perasaan iri hati di antra satu sama lain dan sahabat juga sekaligus sanggup mengharungi apa sahaja cabaran dan dugaan bersama kita

Memang susah nak nafikan untuk mencari sahabat yang baik dan ikhlas begini tapi ada juga sesetenggah manusia yang tak pernah bersyukur apabila diberikan sahabat sejati.Aku tak tahu la bahawa di tu sedar atau tidak bahawa dia telah kehilangan sesuatu yang susah nak cari dalam hidup ni.memang betol nak cari kawan - kawan yang sentiasa bersama kita. Tapi bersyukur la memiliki kawan daripada terus keseorangan. Sekiranya ada salah faham dengan sahabat, cuba relax kejap dan renung di mana salah dan silap kita dan membuatkan sahabat kita diingin dengan kita.Cuba la membuat perbincangan  secara round table.Mungkin cara itu boleh membantu kan.


          
      GAMBAR NI : AKU DAN KAWAN - KAWAN AKU...SEMUANYA HENSEM - HENSEM

Selain itu sahabat sejati tak akan menikam kita dari belakang . Dia tak akan mengumpat  tentang hal kita dann dia tak akan membiarkan kita dalam kesedihan .Kita boleh rasa ada sifat  dan nilai keikhlasan dalam pertalian persahabatan kita.Sahabat sejati juga akan ingat dan  mengenag segala pertolongan  yang pernah kita berikan pada si dia.Sahabat sejati akan sentiasa memberikan kritikan yang akan membina segala kelamahan kita.

Ada perumpaan pernah mengata "No Body is Perfect" tapi ada masa pasti kita akan perselisihan faham, tapi disitu la kita perlu pupuk sifat faham memahami.Jika kita nampak macam tak kena je...Terus tanya!!Semua hal dalam persahabatan boleh diselesaikan..Aku rasa aku nak stop kat sini coretan aku...SO meet u all kat sesi lain pulak....BYE.BYE .....


Saturday, August 24, 2013

                             Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa


Hai kawan - kawan semua........Apa khabar u all ! harap semua sihat.Hari ni pulak aku nak cerita cikit berkaitan tanggungjawab anak kepada ibu bapa.Sedar atau tidak korang semua, ibu bapa adalah insan atau golongan yang paling dekat dengan kita.Boleh dikatakan la, seluruh masa mereka dihabiskan dengan kita dan memikirkan kegembiraan anak - anak mereka.Ok ! jadi hari ni aku nak cerita la tanggungjawab korang semua.


Sebagai kita atau u all sebagai seorang anak, kita perlu la menjaga nama baik ibu bapa kita yang bersusah payah membesarkan kita.Kalau korang semua boleh, elakkan la memalukan mereka di depan orang ramai.Korang semua kena la menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa kita contohnya bersalaman atau mencium tangan mereka semasa berjumpa atau semasa berpisah dengan mereka.Cuba la bertutur dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda kita menghormati mereka.Kita hendak la memanggil ibu bapa kita dengan nada yang disenangi oleh mereka.




Kalau la sambut hari lahir mereka tu, beri la nafkah apa jua pon.Mungkin kan nafkah yang kita berikan tu akan membuatkan mereka berasa gembira dengan kita dan mereka akan bertambah sayang terhadap kita ...hmmmm.Kalau ade masa - masa lapang tu luang la bersama  mereka.Kalau ade anak - anak yang tinggal beraisngan tu, anak - anak perlu meluangkan masa untuk dengan mengunjungi ibu bapa mereka walaupun tinggal berepa jauh sekali pon..... HMMM.Baru la ibu bapa akan senang menerima kunjungan anak mereka.

Selain itu, anak - anak perlu la perlu la sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.Jasa ibu bapa kita yang mereka curahkan tu tak akan terbalasa dengan terbalas dengan apa cara sekali pon so sebelum mereka ade ni take care la mereka hmm.Sampai di sini sahaja la, aku punya coretan.... kita jumpa lain kali.Semoga benda yang aku bagi ni, aku beri banyak manfaat kepada korang .........bye BYE......




Wednesday, August 14, 2013

                                             Bagaimana Nak Eratkan Hubungan Dengan Jiran



Hi sahabat - sahabat di luar sana ! Apa khabar u all.... Harap semua sihat walaupun kat mana pon...Ade tak u all ambik kisah tentang jiran anda di sebelah rumah tu ? Tapi saya rasa la kan, ramai yang tidak peduli atau ade yang tak kenal lansung tentang jiran dia. Anda semua tahu tak betapa pentingnya jiran yang ada kat sebelah rumah kita tak !!!! AHhh, hari ni saya nak bagi lah korang semua tentang bagaimana nak eratkan hubungan dengan jiran kita. Jom kita baca cikit tentang cara - cara nak eratkan hubungan dengan jiran kita........hmmmmm.

Cara pertama yang patut korang ikot ialah ade kan lah gotong - royong  kat taman perumahan ke atau balai raya ke atau anywhere tapi ingat perlu membuat perancangan terlebih dahulu, kalau tak ade yang tak tahu pulak.Kerja gotong - royong membersihkan longkang yang tersumbat akan mampu mengukuhkan hubungan antara jiran dengan kita...So u all follow la this way!!! Apabila uorang semua bergotong - royong, u all akan dapat bertemu, bertegur sapa dan bercerita tentang kerjaya korang.U all kena faham bahawa amalan gotong royong akan mengeratkan ikatan kejiranan.Di samping itu, cuba la ade kan rumah terbuka atau buat majlis besar - besaran kerana dengan cara ini u all boleh menghidupkan semangat kejiranan anda.Oleh itu, u all kena amalkan rumah terbuka ini.




Seterusnya, anjurkan la sukan komuniti. Anda semua tahu tak apa maksud sukan komuniti ? Sukan komuniti bermaksud sukan yang dianjurkan di kawasan kejiranan seperti bola sepak, badminton, sukan rakyat dan sebagainya...hmmm. Anda semua tahu tak, hubungan akan menjadi lebih rapat  kerana mereka akan mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama merancang strategi bagi memenangi setiap pertandingan yang disertai...Ahhh cara ni bagus jugak, kalau u all nak follow.Sukan komuniti bukan saja dapat mengeratkan ikatan kejiranan, malah pada masa yang sama mampu mengekalkan warisan kebudayaan.

Taman korang juga perlu memainkan peranan yang penting dengan menghidupkan kembali konsep rukun tetangga.U all tahu tak rukun tetangga ? Biar saya jelaskan  ! Rukun tetangga bermaksud satu badan yang berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan korang terutamanya pada waktu malam.Mungkin mereka akan membahagikan tugas antara jiran dalam taman perumahan itu.Dengan ade nya rukun tetangga rumah korang semua selamat daripada kecurian.SO cara ni u all safe la tido di rumah dan tak payah risau - risau.....hmmmm......

saya rasa cukup la sampai kat sini... I berharap sangat u all akan faham ape yang saya cakap ni dan u follow seperti coretan saya di atas....TC ............BYE.......



Sunday, August 11, 2013


                                   Cara / Tips nak rapatkan hubungan dengan kekasih


Hi kau orang semua....... Apa khabar semua ? selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua...Hari ni aku nak update blog aku ni. Aku nak update tentang relationship je.Hari ni aku kongsi cikit tentang bagai mana nak merapatkan lagi hubungan kekasih.Aku ada baca banyak buku tentang kekasih so di sini aku nak bagi sikit tips atau cara untuk koorang untuk rapatkan hubungan kekasih.


Tips yang pertama ialah saling memahami.Mungkin kauorang kata benda ni senang je, tapi berapa ramai yang amalkan....Sebagai seorang lelaki atau perempuan kalian harus ingat agar matang menjaga hubungan korang.Benda ni susah, tak mudah tapi tak susah jugak kalau adenya sifat faham memahami antara kekasih kita.Kita sebagai pasangan bagilah dorongan kat dia cikit, baru la di sayang kita.Oleh yang demikian, kedua-kedua pihak harus memainkan peranan yang penting dan tak boleh harapkan sebelah sahaja.Kalau ade la cikit masa terluang, calll la dia walaupun sekejap, mungkin sekejap tu mungkin akan melahirkan perasaan sayang.....hmmmm.Berkomunikasi adalah sangat penting dalam hal ni. Kalau tak de telefon pon tak pe, tapi mungkin boleh guna facebook atau tweeter.

Seterusnya ialah menjadi pendengar yang setia.Setiap orang mesti mumpunyai masalah dan ia sudah menjadi tugas kita untuk menjadi seorang pendengar setia terhadap pasangan kita.Apabila kita menjadi pendengar yang baik, mungkin akan merapatkan diri kita dengan kekasih kita.Sebagai seorang kekasih kita juga perlulah berkongsi masalah dengan kekasih kita.Berkongsi tak kisah la masalah ke atau cerita ke atau anything.Katakan kalau tak mampu nak calll, internet adalah satu jalan yang murah dan mudah untuk digunakan.Yang paling penting ialah apa yang kita kongsi apa yang kita rasa dengan pasangan kita.Lagipun mana la ada pasangan yang bahagia tanpa gaduh-gaduh kan.Mungkin pergaduhan tu akan lebih meluaskan hubungan kita  hmmmm...





Selain itu, bantu kekasih kita untuk mencapai impian.Setiap manusia atau insan pasti mempunyai matlamat hidup.Untuk memberikan kebahagian kepada pasangan kita, kita bantu la dia untuk mencapai impian hidup dia........baru la dia akan lebih erat dengan kita kan .....hmmmm.Lakukan apa saja la asalkan kekasih kita berjaya seperti yang dimimpikan. Hantar la bunga atau atau hadiah secara mengejut kepada kekasih kita sebagai tanda kita sayang terhadap dia.Mungkin la kan bunga yang kita berikan akan membuatkan dia diri sentiasa  gembira.Tambahan pula buat la aktiviti bersama - sama.Buat sebarang aktiviti kerana biar la koorang tak rasa bosan dengan dengan kekasih anda.Contonya jogging ke, makan - makan ke, atau pergi tengok wayang ke....ah dengan cara ni korang dapat menikamati satu kegembiraan dengan kekasih anda kan.



Akhirnya, kita berdoa la kepada Tuhan agar impian atau kita dapat hidup lebih bahagia kelak.Hanya Tuhan sahaja yang boleh membantu kita. Katakan la betul kalau dia tu  pasangan anda, mesti tak kemana pon..Setelah lama berusaha, kita berdoa la agar memang benar la dia adalah satu satunya jodoh kita nanti.Kita hanya boleh merancang dan selebihnya Tuhan yang tentu kan......Betul tak.......hmmmm.Ini sahaja la tips atau cara aku nak berikan hari ni.Semoga benda yang aku bagi ni akan menolong korang semasa korang bersama kekasih korang....BYE




Friday, August 9, 2013

                Cara - cara seseorang untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak




Hai kawan - kawan... Apa khabar semua? Saya berharap agat semua sihat sentiasa.........Hari ni pulak, saya nak berikan sedikit cara ataupun tips bagaimana seseorang anak untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak......JOM, kita baca cikit kat bawah ni.........hmmmmmm


Pernah kah saudara semua terfikir kenapa sebahagian remaja lebih rasa selesa apabila mereka bersama teman wanita atau rakan sebaya mereka daripada keluarga di rumah.Terdapat banyak punca yang mengakibatkan situasi ini. Antaranya ialah anak remaja dapat sesuatu di luar daripada teman.yang tidak mereka dapati di rumah atau mungkin juga mereka rasa dihormati dan difahami kerana dilayan oleh rakan sebaya sebagai seorang dewasa, tidak dibentuk jika mereka melakukan kesilapan, malah mereka bebas menyuarakan ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara.Wujud persoalan di sini, bagaimana dapat para ibu bapa cuba memahami anak - anak remaja mereka.


Beberapa pendekatan boleh dilakukan oleh para ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak-anak apabila mereka sudah meningkat usia remaja.Terdapat beberapa cara untuk seseorang anak merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak.Cara pertama ialah luangkan masa.Dalam keadaan ibu bapa yang sibuk bekerja, masa mereka bersama anak amatlah terhad.Banyak aktiviti sebenarnya yang boleh dilakukan bersama keluarga seperti menonton televisyen .Ingat kawan - kawan yang penting bukan berapa lama masa kita berada di rumah tetapi berapa banyak masa yang kita habiskan dengan keluarga.






Seterusnya ialah pujian.Contohnya, jika suatu hari nanti, anda ingin berkongsi kegembiraan bersama isteri tentang kejayaan kita.Begitu juga dengan anak-anak. mereka perlu dipuji, apabila berjaya melakukan sesuatu sebagaimana mereka juga perlu ditegur apabila melakukan satu kesilapan .Secara keseluruhannya, pujian tersebut akan membuatkan anak - anak merasa gembira dan mereka merasakan diri mereka dihargai dan dihormati selain mengeratkan hubungan di samping menambahkan perasaan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.


Tamabahan pula, hadiah juga perlu memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan ibu bapa.Pernahkah kita semua pernah memberikan sebarang hadiah atau cenderamata kepada anak - anak bersempena hari jadi mereka.Hadiah sekecil atau semurah manapun mempunyai kesan yang cukup mendalam pada diri individu.Dengan memberi hadiah, ia akan membuat diri rasa diingati dan dihargai dan akan menambahkan lagi jalinan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.Lebih lebih lagi disampaikan dalam bentuk kejutan maka ia akan lebih bermakna bagi mereka.


Seterusnya, rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu.Antara aktiviti yang sesuai untuk merapatkan hubungan seluruh keluarga seperti berkelah, berjogging, bermain bowling atau snooker, berkaraoke atau menonton wayang.







Thursday, August 8, 2013

                                TIPS MEMBINA PERSAHABATAN YANG MURNI

Hai kawan - kawan! Apa khabar semua..... Harapan saya semua dalam keadaan sihat selalu... Hari ni pulak saya nak berikan cikit tips tentang membina sahabat yang murni...HMMMM......Jom kita lihat cikit tips-tips di bawah ni...JOM......

Terdapat beberapa tips dalam memebina persahabatan yang murni dalam hidup seseorang manusia.Tips pertama ialah kasih sayang yang lebih kurang sama sahaja dengan maksudnya dengan kecintaan.Namun apabila kita mencintai sahabat, kita perlu mencurahkan kasih sayang kita terhadap mereka.Tetapi kadang kala kasing sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran.Hanya cukupla kita mendoakan untuk sahabat - sahabat kita dan dengan cara itu sudah cukup kita membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.Tip kedua ialah kecintaan.Kecintaan merupakan antara elemen yang memainkan peranan penting dalam membina sesebuah persahabatan.Ikatan persahabatan akan mudah jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan.


Tips seterusnya ialah keikhlasan iaitu dengan mempunyai nilai keikhlasan akan menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dari Tuhan.Sekiranya seseorang tidak ikhlas ketika bersahabat, ia akan membawa kepada permusuhan antara sahabat.Seterusnya ialah kesetiaan.Kesetiaan terhadap sahabat mampu menguatkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila kita bersetia terhadap sahabat kita, maka kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka.Nilai keberanian amat penting dalam mebina sahabat yang murni.Dalam membina persahabatan, kita hendaklah berani  apabila ingin mengatakan sesuatu .Tambahan pula,  sekiranya kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya dan kita perlu berani mengaku  padanya atas kesilapaan yang telah dilakukan.Di samping itu, kita juga perlu berani menasihati sahabat kita.Ini kerana, sebagai sahabat kita inginkan yang terbaik untuk mereka!






Nilai kejujuran juga amat perlu dalam membina persabatan.Jangan sesekali menipu atau merahsiakan apa - apa pengetahuan sahabat kita.Mereka juga perlu tahu apa yang kita perlu lalui dalam kehidupan kita .Jangan menyembunyi melainkan pada perkara - perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.Nilai kemaafan adalah kurang perlu tetapi untuk menjamin persahabatan kekal lama, kemaafan adalah amat perlu.Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya.Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya walaupun sahabat itu melakukan apa-apa kesilapan sahaja.


Seterusnya kesedihan.Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih , maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka.Mungkin pada masa itu, tiada siapa yang mereka cari melainkan sahabat mereka.Sifat kegembiraan, jika kita gembira maka berkongsilah kegembiraan itu bersama-sama sahabat kita.Semua orang ingin bergelak ketawa dengan sahabat kita kan? Tak mahu ukiran wajah sahabat kita berubah?........Ini sahaja la saya nak konsi hari ini........Kalau ingin kan persahabatan yang kekal so follow la tips-tips ini......................





Monday, August 5, 2013

                     DI Antara Cinta Dengan Persahabatan



HI !!! kawan - kawan .............apa khabar semua ????????  harap semua dalam keadaan sihat............Hari ini saya nak borak cikit di antara cinta dan persahabatan.Orang kata perempuan dan lelaki tidak digalakkan menjadi sahabat baik kerana pada satu masa nanti, ia akan seorang daripada tu akan melahirkan rasa sayang pada sahabatnya.Tak semua la macam TU kan.Ada yang masih berkawan baik walaupun masing-masing di antara mereka sudah mempunyai pasangan hidup.Salah ke, jika perempuan dan lelaki berkawan baik atau terlalu rapat?????Ada yang mengeluarkan pendapat bahawa perasaan cinta yang dimiliki oleh seseorang itu akan menghancurkan sebuah persabatan yang telah lama.TAPI ade la jugak di antara mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia sampai sekarang.

Kalau saya la kan, saya kan pilih persahabatan..Pada masa sekarang susah nak cari sahabat yang baik dan dan memahami diri kita lagi -lagi  lain pulak jantina dengan kita..Lagipun takut la KALAU time cinta nanti, dia dah berubah jadi lain.Kalau kawan, kan senang je,TAKDE la cemburu-cemburu antara satu dengan lain.Tak semua perempuan yang boleh rapat, boleh gelak-gelak seperti orang GILA.Saya ada seorang kawan perempuan sejak sekolah menengah.... NAMA DIA GEETHA...Tapi sekrang telah berubah dan dia sekarang!!!!!!!!!!!Hmmmmmmm.Apabila hilang je seorang kawan perempuan yang memahami kita MAKA sedih la....TAK DAPAT TIDUR MALAM DENGAN LENA, TAK LAPAR, KENA FIKIR YANG BANYAK, SERING MARAH....

Sebenarnya tak tahu nak salah kan siapa.Mungkin salah dia yang mencintai diri ini atau salah saya yang sering menolak cinta dia....SAYA lebih selesa jika dia kekal menjadi sahabat saya.Dia sering memujuk supaya menerima cinta dia tapi saya sering menolak...Apabila berkali-kali menolak cinta dia, kami dah jadi ORANG ASING.Selepas peristiwa tu, dia telah kembali ke Australia walaupun dia habis cuti pada bulan 9.BUKAN saya tak mahu terima, tapi hati ni yang menolak. Kalau boleh la, saya tak mahu fikir tentang cinta .CUKUP LA BAGI SAYA MELIHAT KAWAN SAYA YANG BERCINTA.For me it is enough.

SEKIRANYA, geetha tu termasuk atau tersesat masuk blogger saya ni, HARAP LA  dia faham bahawa dia sahaja kawan yang paling rapat dan memahami saya walaupun sifat atau perangai saya seaakan - akan budak - budak........Hmmmmm.Saya nak minta maaf kat awak, sekiranya pada masa dahulu, saya telah melukakan hati awak....PLEASE FORGIVE ME.Belajar rajin-rajin dan lupakan yang telah lalu di antara saya dengan awak.Harapan saya awak akan jadi pakar perubatan yang professional pada masa kan datang SO good luck..Saya tak sangka bahawa persahabatan kita dah menjadi satu sejarah bagi saya.Terima kasih kerana telah menjadi raakan setia saya....I AM SOOOOOOOOOOO   SOORRY ...Percaya la kalau Tuhan dah tentu kan milik siapa seseorang BUKAN DI tangan kita.............