Cara - cara seseorang untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak
Hai kawan - kawan... Apa khabar semua? Saya berharap agat semua sihat sentiasa.........Hari ni pulak, saya nak berikan sedikit cara ataupun tips bagaimana seseorang anak untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak......JOM, kita baca cikit kat bawah ni.........hmmmmmm
Pernah kah saudara semua terfikir kenapa sebahagian remaja lebih rasa selesa apabila mereka bersama teman wanita atau rakan sebaya mereka daripada keluarga di rumah.Terdapat banyak punca yang mengakibatkan situasi ini. Antaranya ialah anak remaja dapat sesuatu di luar daripada teman.yang tidak mereka dapati di rumah atau mungkin juga mereka rasa dihormati dan difahami kerana dilayan oleh rakan sebaya sebagai seorang dewasa, tidak dibentuk jika mereka melakukan kesilapan, malah mereka bebas menyuarakan ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara.Wujud persoalan di sini, bagaimana dapat para ibu bapa cuba memahami anak - anak remaja mereka.
Beberapa pendekatan boleh dilakukan oleh para ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak-anak apabila mereka sudah meningkat usia remaja.Terdapat beberapa cara untuk seseorang anak merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak.Cara pertama ialah luangkan masa.Dalam keadaan ibu bapa yang sibuk bekerja, masa mereka bersama anak amatlah terhad.Banyak aktiviti sebenarnya yang boleh dilakukan bersama keluarga seperti menonton televisyen .Ingat kawan - kawan yang penting bukan berapa lama masa kita berada di rumah tetapi berapa banyak masa yang kita habiskan dengan keluarga.
Seterusnya ialah pujian.Contohnya, jika suatu hari nanti, anda ingin berkongsi kegembiraan bersama isteri tentang kejayaan kita.Begitu juga dengan anak-anak. mereka perlu dipuji, apabila berjaya melakukan sesuatu sebagaimana mereka juga perlu ditegur apabila melakukan satu kesilapan .Secara keseluruhannya, pujian tersebut akan membuatkan anak - anak merasa gembira dan mereka merasakan diri mereka dihargai dan dihormati selain mengeratkan hubungan di samping menambahkan perasaan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Tamabahan pula, hadiah juga perlu memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan ibu bapa.Pernahkah kita semua pernah memberikan sebarang hadiah atau cenderamata kepada anak - anak bersempena hari jadi mereka.Hadiah sekecil atau semurah manapun mempunyai kesan yang cukup mendalam pada diri individu.Dengan memberi hadiah, ia akan membuat diri rasa diingati dan dihargai dan akan menambahkan lagi jalinan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.Lebih lebih lagi disampaikan dalam bentuk kejutan maka ia akan lebih bermakna bagi mereka.
Seterusnya, rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu.Antara aktiviti yang sesuai untuk merapatkan hubungan seluruh keluarga seperti berkelah, berjogging, bermain bowling atau snooker, berkaraoke atau menonton wayang.


No comments:
Post a Comment