Saturday, August 24, 2013

                             Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa


Hai kawan - kawan semua........Apa khabar u all ! harap semua sihat.Hari ni pulak aku nak cerita cikit berkaitan tanggungjawab anak kepada ibu bapa.Sedar atau tidak korang semua, ibu bapa adalah insan atau golongan yang paling dekat dengan kita.Boleh dikatakan la, seluruh masa mereka dihabiskan dengan kita dan memikirkan kegembiraan anak - anak mereka.Ok ! jadi hari ni aku nak cerita la tanggungjawab korang semua.


Sebagai kita atau u all sebagai seorang anak, kita perlu la menjaga nama baik ibu bapa kita yang bersusah payah membesarkan kita.Kalau korang semua boleh, elakkan la memalukan mereka di depan orang ramai.Korang semua kena la menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa kita contohnya bersalaman atau mencium tangan mereka semasa berjumpa atau semasa berpisah dengan mereka.Cuba la bertutur dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda kita menghormati mereka.Kita hendak la memanggil ibu bapa kita dengan nada yang disenangi oleh mereka.




Kalau la sambut hari lahir mereka tu, beri la nafkah apa jua pon.Mungkin kan nafkah yang kita berikan tu akan membuatkan mereka berasa gembira dengan kita dan mereka akan bertambah sayang terhadap kita ...hmmmm.Kalau ade masa - masa lapang tu luang la bersama  mereka.Kalau ade anak - anak yang tinggal beraisngan tu, anak - anak perlu meluangkan masa untuk dengan mengunjungi ibu bapa mereka walaupun tinggal berepa jauh sekali pon..... HMMM.Baru la ibu bapa akan senang menerima kunjungan anak mereka.

Selain itu, anak - anak perlu la perlu la sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.Jasa ibu bapa kita yang mereka curahkan tu tak akan terbalasa dengan terbalas dengan apa cara sekali pon so sebelum mereka ade ni take care la mereka hmm.Sampai di sini sahaja la, aku punya coretan.... kita jumpa lain kali.Semoga benda yang aku bagi ni, aku beri banyak manfaat kepada korang .........bye BYE......




No comments:

Post a Comment