Hi sahabat - sahabat di luar sana ! Apa khabar u all.... Harap semua sihat walaupun kat mana pon...Ade tak u all ambik kisah tentang jiran anda di sebelah rumah tu ? Tapi saya rasa la kan, ramai yang tidak peduli atau ade yang tak kenal lansung tentang jiran dia. Anda semua tahu tak betapa pentingnya jiran yang ada kat sebelah rumah kita tak !!!! AHhh, hari ni saya nak bagi lah korang semua tentang bagaimana nak eratkan hubungan dengan jiran kita. Jom kita baca cikit tentang cara - cara nak eratkan hubungan dengan jiran kita........hmmmmm.
Cara pertama yang patut korang ikot ialah ade kan lah gotong - royong kat taman perumahan ke atau balai raya ke atau anywhere tapi ingat perlu membuat perancangan terlebih dahulu, kalau tak ade yang tak tahu pulak.Kerja gotong - royong membersihkan longkang yang tersumbat akan mampu mengukuhkan hubungan antara jiran dengan kita...So u all follow la this way!!! Apabila uorang semua bergotong - royong, u all akan dapat bertemu, bertegur sapa dan bercerita tentang kerjaya korang.U all kena faham bahawa amalan gotong royong akan mengeratkan ikatan kejiranan.Di samping itu, cuba la ade kan rumah terbuka atau buat majlis besar - besaran kerana dengan cara ini u all boleh menghidupkan semangat kejiranan anda.Oleh itu, u all kena amalkan rumah terbuka ini.
Seterusnya, anjurkan la sukan komuniti. Anda semua tahu tak apa maksud sukan komuniti ? Sukan komuniti bermaksud sukan yang dianjurkan di kawasan kejiranan seperti bola sepak, badminton, sukan rakyat dan sebagainya...hmmm. Anda semua tahu tak, hubungan akan menjadi lebih rapat kerana mereka akan mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama merancang strategi bagi memenangi setiap pertandingan yang disertai...Ahhh cara ni bagus jugak, kalau u all nak follow.Sukan komuniti bukan saja dapat mengeratkan ikatan kejiranan, malah pada masa yang sama mampu mengekalkan warisan kebudayaan.
Taman korang juga perlu memainkan peranan yang penting dengan menghidupkan kembali konsep rukun tetangga.U all tahu tak rukun tetangga ? Biar saya jelaskan ! Rukun tetangga bermaksud satu badan yang berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan korang terutamanya pada waktu malam.Mungkin mereka akan membahagikan tugas antara jiran dalam taman perumahan itu.Dengan ade nya rukun tetangga rumah korang semua selamat daripada kecurian.SO cara ni u all safe la tido di rumah dan tak payah risau - risau.....hmmmm......
saya rasa cukup la sampai kat sini... I berharap sangat u all akan faham ape yang saya cakap ni dan u follow seperti coretan saya di atas....TC ............BYE.......


No comments:
Post a Comment