Wednesday, September 25, 2013

                         
                                             
                                                  Cara memikat gadis idaman anda


Hai kawan - kawan......apa khabar semua !!!!!!! i harap u all sentiasa sihat.......Anda semua mesti ade seorang atau lebih daripada seorang gadis idaman anda.. U all tahu tak macam mana nak pikat gadis idaman anda...ahh... mari kita baca cikit.........


Pada waktu yang korang free, u all sudah pastinya ingin bersuka ria bersama rakan2 atau pon bersama kekasih anda. Malah anda seorang yang sukar untuk mendapatkan teman wanita yang sejati dan sejiwa. Anda pulak cukup malu untuk mendekati perempuan. Lagi pon susah betol nak mengajaknya keluar !!!!Cara pertama ialah kalau boleh selidik la latar belakang gadis tersebut. Apabila anda bertemu dengan gadis yang anda suka, anda perlu melakukan sedikit penyiasatan di mana selidik latar belakang sama ade keluarga atau pon sama ade dia sesuai atau tidak dan yang utama sekali ialah dia tu sudah berpunya atau tidak. Cara ialah simple, u cuba tanya pada rakan gadis tersebut........


Seterusnya, biarkan si dia tahu bahawa anda menyukainya. Sikap berlagak boleh dikatakan biasa tetapi berhati - hati dengan percakapan dan tindak tanduk agar tidak melukakan perasaan si dia. U juga boleh mengatur temu janji seperti menonton wayang di pawagam atau pon makan malam di tempat tempat yang kurang dengan kesibukkan. Malah lebih elok bertanya dengan si dia ke mana dia ingin pergi agay diri dia selesa. Apabila anda berdua sudah selesa maka tiba la masa anda untuk menonjolkan sikap gentelman anda dan berterus terang.


Selain itu, lemparkan pujian kepada si dia. Wanita amat gemar dipuji, malah jangan puji dengan melampau dan setiap kali dipuji hendaklah ikhlas dari hati anda. Sekiranya tersilap langkah dalam pujian anda mungkin boleh menimbukan kebencian dalam diri si dia yang anda ingin pikat. SO beri la pujian dengan berhemah and pastikan pujian tu betol2 realistik 

Dan akhir sekali ialah pandangan mata anda terhadap si dia. Pandangan mata boleh meruntun hati ketika bercakap dengan si dia. Pastikan anda pandang matanya dan kalau boleh tunjukkan suka dengan apa yang diperkatakan. 




Saturday, September 21, 2013

                                                   
                                                            Tips Menawan Wanita



Hi kawan - kawan.. Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua pembaca..........Apa khabar semua...Saya harap semua sihat selalu.Topik Yang saya nak cakap mesti u all suka........Hari ni saya nak beri cikit tip berkaitan tips atau cara untuk menawan wanita..Kaum wanita selalu dikelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Biasanya mereka tahu apa yang mereka tidak mahu. Orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ni  kerana tidak tahu ape yang yang hendak dilakukan untuk mengembirakan hati wanita ni.....



Cara pertama ialah yakin dengan diri. Tidak ada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Kalau boleh elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya, Jangan gopoh. Ape sekali pon hendak anda lakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Ambil masa dan sabar dalam membuat sesuatu kerja. Kalau diikutkan, wanita tidak gemar lelaki yang beriya-riya. Cuba Pratikkan kesabaran ini dalam semua aspek dalam hidup anda terutamanya ketika makan. 



Selain itu, sebagai seorang lelaki yang sejati, anda perlu bijak meredakan ketegangan. Wanita paling benci atau tak suka berada dalam keadaan yang tegang. Apabila tidak sependapat tentang isu-isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Kalau boleh biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan kita serba salah akan mudah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia di mana anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Sekiranya anda pandai mengawal  ketegangan , maka wanita mudah tertarik dengan anda....hmm.

Akhir sekali, jati diri kita sendiri. kebanyakkan lelaki beranggapan bahawa untuk memikat wanita ni  terutama wanita cantik ni, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum dengan mu.  Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan untuk membuat dia terpikat, Kalu boleh HENTIKAN. Wanita lebih gemarkan lelaki yang tulen atau kata lain jati diri dia sendiri..... Saya rasa saya nak stop di sini SO kita jumpa lagi pada minggu akan datang....BYe......Bye..



                           Cara Nak Eratkan Hubungan Kanak2 & Keluarga Dan Suami Isteri


Hai kawan - kawan. Apa khabar semua ! Saya harap semuaa dalam keadaan sihat dan selalu gembira bersama keluarga. Saya rasa dah lama saya tak post atau share dengan korang so hari ni saya share la cikit berkaitan cara Nak Eratkan Hubungan Kanak2 & Keluarga Dan Suami Isteri. U all tahu tak, apa maksud kanak2 ? kanak2 bermaksud anak-anak kita atau adik-adik kita yang berumur linkungan 2 - 5 tahun. Jom kita lihat cikit.

Sudah menjadi kebiasaan atau rutin kami, pasangan suami isteri setiap hujung minggu biasanya akan membawa kanak2 ke taman permainan. Selain untuk mengajar kanak2  tentang alam dunia, Boleh juga kita eratkan lagi hubungan cinta antara suami isteri kan. Kan  sweett begitu..Betul sebenarnya dengan meluangkan masa bersama keluarga  adalah sangat penting adalah untuk kita mengeratkan lagi hubungan cinta, kasih sayang dan nilai kekeluargaan dalam keluarga kita. Contohnya lakukan aktiviti gathering iaitu semua ahli keluaga dan saudara - mara berkumpul dalam satu tempat untuk tujuan makan - makan.


Tambahan Pula, keluar bersama keluarga ke taman permainan, air terjun adalah salah satu cara untuk eratkan hubungan suami isteri dan membentuk keluarga bahagia. Lagi pon, cara ni tidak la memerlukan kos yang tinggi. Cara ni tidak perlu ke luar negara dan tidak memerlukan visa atau passport. Dalam Malaysia jee banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi contohnya Cameron Highland. kanak2 memang lasak atau terlalu gembira apabila dibawa ke taman  U all tahu tak kanak2  memang excited kalau nak ke taman. Apabila tahu sahaja ke taman, dia la akan bising dan hebohkan sattu rumah. Kalau nak ke shopping complex, dia mula la buat muka bosan..hahaha

Seterusnya mengetahui minat kanak2. Untuk mengenali  seseorang bererti mengetahui cita rasa orang tu. Di mana yang berkaitan kanak2. bererti mengetahui makanan kegemaran mereka dan yang paling utama mengetahui permainan kegemaran mereka. Bermain setiap hari adalah satu aktivit yang amat penting untuk semua kanak2. hmmmm. Saya rasa, saya dah cakap terlampau panjang So i Stop here...Kita jumpa next time....Bye..Bye......



Friday, September 13, 2013

                             
                                 
                                 Tips Untuk Meningkatkan Kebahagian Rumah Tangga


Hai kawan-kawan semua....Apa khabar semua. Saya harap semua sentiasa sihat di samping keluarga.Hari ni saya nak kongsi la cikit berkaitan kebahagian rumah tangga... Saya faham, orang yang melawat blog saya ni, kebanyakkannya belum berkahwin tetapi saya berkongsi ni untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang rumah tangga ni hmm....Saya rasa semua orang akan kahwin dan akan memiliki keluarga masing-masing nanti so kalau u all baca benda ni mungkin, benda yang saya kongsi kan akan membantu kawan-kawan pada masa kelak. Jadi jom kita tengok cikit tentang cara untuk meningkatkan kebahagian rumah tangga...


Cara yang pertama untuk meningkatkan kebahagian rumah tangga ialah penghargaan.Penghargaan bermaksud di mana budaya memberikan hadiah ataupun ganjaran apabila sesuatu pasangan melakukan sesuatu.Dengan mengamalkan amalan ini, seseorang pasangan boleh mengeratkan kasih sayang dan hubungan di antara pasangan akan bertambah erat. Seterusnya, pujian. Pujian bermaksud setiap pasangan perlu saling memuji di antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi sesuatu pertolongan. Tips seterusnya ialah doa daripada Tuhan supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta menjauhkan diri dengan jutaan kemewahan dan keseronokan dunia.



Tambahan Pula, kebahagian rumah tangga juga boleh ditingkatkan dengan percutian di mana seseorang individu  perlu itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan hidup mereka di tempat yang jauh daripada kesibukkan atau gangguan lain. Di samping itu, pasangan perlu jaga pergaulan masing-masing dengan orang lain untuk mengelakkan melampaui batas, menimbukan cemburu dan dan akan membabitkan orang ketiga dalam rumah tangga. Perhatian juga mesti diambil berat kerana apabila kekurangan perhatian ianya boleh mengakibatkan pasangan tersebut diabaikan.

Pelukan juga merupakan satu faktor kebahagian rumah tangga. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa peluk-memeluk antara satu sama lain dan setiap pelukan itu dibelai dengan penuh kasih sayang. Dan akhir sekali ialah persefahaman kerana sebagai seorang manusia biasa yang berkerjaya memerlukan pasangan bertolak ansur dan saling memahami kerjaya masing-masing. Saya rasa, saya dan cakap terlalu panjang so kita jumpa pada lain hari....bye..bye...........




Sifat Wanita Yang Disukai Oleh Golongan Lelaki & Mengekalkan Hubungan Cinta Dalam Rumah Tangga


Hai kawan-kawan semua.Hari ni, saya nak kongsi cikit berkaitan sifat- sifat wanita yang lebih disukai atau digemari oleh golongan lelaki sekarang dalam mengekalkan hubungan cinta dalam rumah tangga.U all tahu tak ape maksudnya rumah tangga ?Rumah tangga ialah sepasang suami isteri yang telah berkahwin dan tinggal bersama suami bersama anak-anak mereka.Ahh. ni la maksud nya. U all tahu tak sifat-sifat wanita yang disukai oleh golongan lelaki sekarang ni.....Jom kita lihat cikit di bawah...........





Sifat wanita yang pertama disukai oleh lelaki ialah sifat keanak-anakkan. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita telah menjadi daya tarikan pada mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan perbualan anda. Sudah tentunya bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati malah sikap keanak-anakkan mereka yang menyenangkan.Selain itu, golongan lelaki ni pulak menyukai wanita yang menghargai seseorang. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Ianya berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus, ikhlas dan diberi kepercayaan penuh.Penghargaan dari wanita membuatkan lelaki berasa bangga.

Wanita ni jugak sentiasa bersenyum apabila berbicara atau berbual. Bagi mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi dari suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan sentiasa menghormati orang lain......hmmm. Seterusnya, menunjukkan penampilan yang sederhana. Contohnya, jangan keterlaluan ketika bersolek kerana kebanyakkan lelaki sekarang sukakan wanita yang mempunyai kecantikan yang semulajadi.

Tambahan pula, sebagai seorang wanita, mereka harus lah menjaga penampilan diri. Penampilan yang baik akan menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan  suka  dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak lansung memancarkan pesona dan boleh menyebabkan lelaki tertarik dengan nya.. Saya rasa itu je yang saya nak sampaikan..SO kita jumpa next time.Bye.Bye.......


Monday, September 9, 2013

                                             Hubungan Malaysia Dengan Amerika Syarikat



Kita semua tahu bahawa Malaysia ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri persekutuan tanah melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak,Sebelum penubuhan Malaysia, kita di semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita sebagai persekutuan Tanah Melayu.Semasa negara kita mendapatkan merdeka dari[ada British pada tahun 1957, nama negara kita bertukar menjadi Persekutuan Tanah Melayu.

Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat dilihat sebagai hubungan dengan kuasa besar dengan negara-negara kecil dari sebuah negara Islam.Semasa perang diingin antara Amerika Syarikat - Russia dan Chinna, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara kecil iaitu Malaysia. Hubungan di antara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai sebagai erat. Seluruh rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negarasaling kunjung-mengunjungi. Kedaulatan Amerika Syaarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak , Jalan Ampang dan beberapa kali telah menjadi sebagai sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubung dengan isu Palestin.



Sejak 1975, pekilang dari Amerika Syarikat menikmati intensif kawasan perindustrian bebas di Sunga Way, Bayan Lepas dan lain-lain. Antara contoh-contoh kilang ialah Western Digital, Intel, Motorola, Texas Instruments yang digunakan dalam komputer, barang elektrik dan bebereapa barang elektronik. Kilang-kilang ini tidak dikenakan cukai selama 5 tahun. Seleepas itu, syarikat dari Jerman dan Jepun banyak melabur di Malaysia berasaskan intensif buruh. Antara contohnya ialah Hitachi,Sony, Panasonic dan lain-lain. Pada 24 Januari 2009, Perjanjian Bantuan Perundangan Dua Hala Amerika Syarikat-Malaysia tentang jenayah bagi membolehkan kedua-dua negara memerangi keganasan antarabangsa dengan lebih berkesan.




Presiden Amerika  Barack Obama dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton telah memberi harapan baru kepada warga dunia termasuk Malaysia. Barack Obama telah melawat indonesia, Turki, dan telah berucap di Universiti AL  Azhar di Mesir, Ketika di Mesir, Obama mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoritiislam yang progesif. Pada 14-15 Mei 2009, Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berbincang dengan Hillary Rodham Clinton Richard Lugar di Washington .Jumlam perdagangan Malaysia-Amerika ialah Sebanyak $49Bilion.Amerika Syarikat dan malaysia telah memulakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala sejak Jun 2006  dan dimuktamatkan.

Friday, September 6, 2013

                           
                        Kelebihan  Membina Hubungan Baik Antara Kaum Yang Ada di Malaysia



Selamat petang semua........Hari ni saya nak cakap cikit berkaitan kelebihan membina hubungan baik antara kaum yang ada di Malaysia. Bagi pendapat saya, Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum. Rakyatnya terdiri daripada Melayu, Cina, India, bumiputera sabah serta sarawak dan lain - lain.Keadaan ini akan menwujudkan kelainan yang mampu untuk memupuk semangat perpaduan dalam mencapai wawasan 2020. Di bahu kita la tergalasnya tanggungjawab mengekalkan keharmonian dan sekali gus ke arah usaha mencapai wawasan 2020.


Di antara kelebihan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Dengan adanya semangat saling menghormati  dan memahami antara satu sama lain membolehkan kita mengelak sebarang perasaan negatif seperti dengki, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Contohnya negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil pelbagai peluang dalam meningkatkan taraf hidup. Secara amnya, semua pihak boleh la berganding bahu dalam memikul tugas masing-masing. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil dan pembangunan pesat negara kita akan setanding negara-negara yang maju di dunia contohnya Amerika.




Dengan menyedari kelebihan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang cekap perlu dijalankan bagi mengekalnya. Di samping itu, kerajaan telah menwujudkan sekolah wawasan. Matlamat sekolah wawasan ini adalah untuk mengekalkan perpaduan kaum yang di pupuk sejak awal lagi iaitu menanam sikap tersebut dalam jiwa kanak-kanak.Kemakmuran negara yang wujud  dengan perpaduan ini adalah hasil daripada matlamat dan misi negara. Contohnya kerajaan melancarkan dasar ekonomi baru dan wawasan 2020. Visi dan misi kerajaan ini akan menyemarakan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum.

Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Ada satu perumpaan pernah mengatakan ; ' bersatu teguh, bercerai roboh ' amat sama dengan perbincangan saya hari ni  dalam mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup. Saya rasa, saya nak stop kat sini.....kita jumpa lagi..ByE....bYe.............






Thursday, September 5, 2013

                                   
                                Pentingnyaa Menjaga Nama Baik Diri Dan Juga Keluarga




Hai kawan-kawan...........sihat tak semua!!!! I harap u alll semua sihat disamping keluarga.Minggu ni pulak, saya nak cerita la cikit berkaitan macam mana nak jaga nama baik diri dan keluarga.Bagi pendapat saya keluarga adalah satu jenis kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah, perkahwinan atau lebih senang maksudnya ambil seseorang sebagai anak angkat.Untuk mengimpikan keluarga bahagia dan harmoni memang sedap didengar tetapi tidak semudahnya speperti yang dihasratkan.Oleh itu, selain ibu bapa anak-anak turut berperanan dalam melahirkan keharmonian dalam sesebuah keluarga.

Dalam masa 24 jam sehari, kita selalu berhubung dengan orang lain.Kita semua tidak dapat menafikan bahawa seseorang insan dapat hiidup dengan baik dan normal dengan menjauhkan diri di tempat yang sunyi atau jauh dari pergaulan manusia.Seseorang mungkin akan memerlukan pertolongan orang lain secara lansung atau tidak lansung. Contohnya kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, kita semestinya memerlukan pertolongan seorang doktor untuk merawat kita, apabila inginkan pakaian baru, kita memerlukan seorang tukang jahit untuk menjahit baju kita.Untuk memenuhi keperluan masing-masing amat penting la pergaulan hidup  sesama manusia di sekeliling kita.



Untuk menjaga nama diri dan keluarga, seseorang harus la, apabila berjalan di kaki lima atau di mana saja pun bersikap sombong walaupun kita sekaya mana pon.Baru la orang pandang kita tinggi.....Hmm. Semasa berjumpa dengan orang yang kenal tu bersalam la baru la mereka akaan keluarga kita tinggi.Seterusnya, jangan suka mengganggu orang lain baik secara ucapan atau perbuatan.Sekiranya kita mengggangu atau mengejek orang, orang lain akan menilai buruk terhadap diri kita dan keluarga dan sekaligus nama keluarga kita akan tercalar.

Di sampin itu, jangan suka mengatakan buruk tentang diri orang lain. Kita sebagai insan, bukannya kita sempurna 100%, jadi kena la hormati orang lain.Kalau sikap ni u all amalkan dalam hidup SO u all dapat melahirkan keluarga yang hormani. Okkk!!!!!!! saya rasa saya nak stop coretan saya ni, so kita jumpa sesi  pada sesi lain.byee...... BYe.......


Sunday, September 1, 2013

                               Tips merapatkan hubungan adik - beradik dalam keluarga........




Salam hujung minggu kawan-kawan.........apa khabar semua.. I harap u all semua sihat selalu.Jadi ke mana kah destinasi kita pada hujung minggu ni ? Hampir setiap minggu, vishnuh mendapat banyak  kunjungan seperi kawan, saudara dan yang paling penting ialah adik - beradik yang pulang apabila cuti perayaan atau hari - hari berkenaan.Memang seronok tau, apabila adik - beradik semua yang berlainan tempat belajar dapat berkumpul dalam satu rumah pada satu hari yang istimewa...Welll hari ni saya nak bagi cikit tips la tentang merapatkan hubungan adik - beradik dalam keluarga.

Pada pendapat saya la adik - beradik bermaksud orang atau insan yang lahir dengan kita.Adik - beradik kandung berbeza dengan dengan adik - beradik tiri. Adik - beradik tiri bermaksud tiada hubungan darah.Terdapat beberapa tip nak merapatkan hubungan antara adik beradik.Tip pertama ialah kita sebagai seorang abang kena la bertutr dengan cara yang baik dan sopan.Kita sebagai seorang insan, kita hendak la menghormati sesama adik - beradik.Caranya ialah  bercakap  atau kalau nak beri nasihat tu beri la dengan cara yang baik,Cuba bercakap dengan nada yang lembut dan penuh kasih sayang sebagai satu tanda penghormatan kita terhadap mereka.



Seterusnya, cuba mengambil tahu minat mereka.Contohnya u all sebagai abang sulung dalam keluarga, harus ambil tahu perkara - perkara yang diminati oleh adik - adik kita.Kalau adik - adik korang berminat dengan program televisyen, sukan atau hobi yang menjadi minat mereka.Kalau kita ade masa lapang, cuba la libat kan diri kita dengan menonton bersama - sama mereka atau suruh adik kita pilih satu sukan dan kita bermain bersama mereka.

Tambahan pula, berkongsi la kegembiraan mereka.Ingat tarikh - tarikh istimewa mereka seperti tarikh lahir atau ulang tahun perkahwinan. Kalau adik beradik korang mecapai kejayan seperti mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan, ucap la tahniah atau kalau mampu beli kan la apa - apa hadiah walaupun hadiah yang kita berikan tu tak seberapa mahal sebagai tanda kita menghargai kejayaan mereka ....Saya rasa ini je saya nak cakap pada hujung minggu ni....SO kita berjumpa next time............ByE .............bYe