Friday, September 13, 2013

                             
                                 
                                 Tips Untuk Meningkatkan Kebahagian Rumah Tangga


Hai kawan-kawan semua....Apa khabar semua. Saya harap semua sentiasa sihat di samping keluarga.Hari ni saya nak kongsi la cikit berkaitan kebahagian rumah tangga... Saya faham, orang yang melawat blog saya ni, kebanyakkannya belum berkahwin tetapi saya berkongsi ni untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang rumah tangga ni hmm....Saya rasa semua orang akan kahwin dan akan memiliki keluarga masing-masing nanti so kalau u all baca benda ni mungkin, benda yang saya kongsi kan akan membantu kawan-kawan pada masa kelak. Jadi jom kita tengok cikit tentang cara untuk meningkatkan kebahagian rumah tangga...


Cara yang pertama untuk meningkatkan kebahagian rumah tangga ialah penghargaan.Penghargaan bermaksud di mana budaya memberikan hadiah ataupun ganjaran apabila sesuatu pasangan melakukan sesuatu.Dengan mengamalkan amalan ini, seseorang pasangan boleh mengeratkan kasih sayang dan hubungan di antara pasangan akan bertambah erat. Seterusnya, pujian. Pujian bermaksud setiap pasangan perlu saling memuji di antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi sesuatu pertolongan. Tips seterusnya ialah doa daripada Tuhan supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta menjauhkan diri dengan jutaan kemewahan dan keseronokan dunia.



Tambahan Pula, kebahagian rumah tangga juga boleh ditingkatkan dengan percutian di mana seseorang individu  perlu itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan hidup mereka di tempat yang jauh daripada kesibukkan atau gangguan lain. Di samping itu, pasangan perlu jaga pergaulan masing-masing dengan orang lain untuk mengelakkan melampaui batas, menimbukan cemburu dan dan akan membabitkan orang ketiga dalam rumah tangga. Perhatian juga mesti diambil berat kerana apabila kekurangan perhatian ianya boleh mengakibatkan pasangan tersebut diabaikan.

Pelukan juga merupakan satu faktor kebahagian rumah tangga. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa peluk-memeluk antara satu sama lain dan setiap pelukan itu dibelai dengan penuh kasih sayang. Dan akhir sekali ialah persefahaman kerana sebagai seorang manusia biasa yang berkerjaya memerlukan pasangan bertolak ansur dan saling memahami kerjaya masing-masing. Saya rasa, saya dan cakap terlalu panjang so kita jumpa pada lain hari....bye..bye...........



No comments:

Post a Comment