Friday, September 6, 2013

                           
                        Kelebihan  Membina Hubungan Baik Antara Kaum Yang Ada di Malaysia



Selamat petang semua........Hari ni saya nak cakap cikit berkaitan kelebihan membina hubungan baik antara kaum yang ada di Malaysia. Bagi pendapat saya, Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum. Rakyatnya terdiri daripada Melayu, Cina, India, bumiputera sabah serta sarawak dan lain - lain.Keadaan ini akan menwujudkan kelainan yang mampu untuk memupuk semangat perpaduan dalam mencapai wawasan 2020. Di bahu kita la tergalasnya tanggungjawab mengekalkan keharmonian dan sekali gus ke arah usaha mencapai wawasan 2020.


Di antara kelebihan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Dengan adanya semangat saling menghormati  dan memahami antara satu sama lain membolehkan kita mengelak sebarang perasaan negatif seperti dengki, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Contohnya negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil pelbagai peluang dalam meningkatkan taraf hidup. Secara amnya, semua pihak boleh la berganding bahu dalam memikul tugas masing-masing. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil dan pembangunan pesat negara kita akan setanding negara-negara yang maju di dunia contohnya Amerika.




Dengan menyedari kelebihan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang cekap perlu dijalankan bagi mengekalnya. Di samping itu, kerajaan telah menwujudkan sekolah wawasan. Matlamat sekolah wawasan ini adalah untuk mengekalkan perpaduan kaum yang di pupuk sejak awal lagi iaitu menanam sikap tersebut dalam jiwa kanak-kanak.Kemakmuran negara yang wujud  dengan perpaduan ini adalah hasil daripada matlamat dan misi negara. Contohnya kerajaan melancarkan dasar ekonomi baru dan wawasan 2020. Visi dan misi kerajaan ini akan menyemarakan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum.

Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Ada satu perumpaan pernah mengatakan ; ' bersatu teguh, bercerai roboh ' amat sama dengan perbincangan saya hari ni  dalam mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup. Saya rasa, saya nak stop kat sini.....kita jumpa lagi..ByE....bYe.............






1 comment:

  1. memang tidak dinafikan banyak kelebihan jika semua kaum bersatu,tapi pada masa kini sifat perkauman masih lagi wujud terutama disekolah...Hal ini jika tidak dibendung daripada awal mungkin boleh mendatangkan kemudaratan pada negara..

    ReplyDelete