Tips Menawan Wanita
Hi kawan - kawan.. Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua pembaca..........Apa khabar semua...Saya harap semua sihat selalu.Topik Yang saya nak cakap mesti u all suka........Hari ni saya nak beri cikit tip berkaitan tips atau cara untuk menawan wanita..Kaum wanita selalu dikelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Biasanya mereka tahu apa yang mereka tidak mahu. Orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ni kerana tidak tahu ape yang yang hendak dilakukan untuk mengembirakan hati wanita ni.....
Cara pertama ialah yakin dengan diri. Tidak ada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Kalau boleh elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya, Jangan gopoh. Ape sekali pon hendak anda lakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Ambil masa dan sabar dalam membuat sesuatu kerja. Kalau diikutkan, wanita tidak gemar lelaki yang beriya-riya. Cuba Pratikkan kesabaran ini dalam semua aspek dalam hidup anda terutamanya ketika makan.
Selain itu, sebagai seorang lelaki yang sejati, anda perlu bijak meredakan ketegangan. Wanita paling benci atau tak suka berada dalam keadaan yang tegang. Apabila tidak sependapat tentang isu-isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Kalau boleh biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan kita serba salah akan mudah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia di mana anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Sekiranya anda pandai mengawal ketegangan , maka wanita mudah tertarik dengan anda....hmm.
Akhir sekali, jati diri kita sendiri. kebanyakkan lelaki beranggapan bahawa untuk memikat wanita ni terutama wanita cantik ni, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum dengan mu. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan untuk membuat dia terpikat, Kalu boleh HENTIKAN. Wanita lebih gemarkan lelaki yang tulen atau kata lain jati diri dia sendiri..... Saya rasa saya nak stop di sini SO kita jumpa lagi pada minggu akan datang....BYe......Bye..


No comments:
Post a Comment